Pertama ko kena minat la.. heheh.. untuk jadi safety officer nie amat mudah. maksud aku kau tak payah ada degree untuk apply jadi safety officer sebab syarat untuk kursus hanya mininum SPM pangkat 3. tapi kalau ada degree satu kelebihan la masa kau kerja nanti.
Yang kedua, kena la pegi kursus dulu.. kursus dia boleh amik kat NIOSH (National Institute Of Occupational Safety and Health) ataupun CONSIST. tapi better amik ngan NIOSH la ( Gua bukan pemegang saham NIOSH tau...) sebab NIOSH nie under Kementerian Sumber Manusia.
Kursus dia dipanggil Certificate Of Safety and Health Officer, harga untuk kursus nie ialah 4k. (termasuk minum pagi, makan tengahari dan minum petang). Kursus plak selama 22 hari dengan kehadiran korang ke kelas sebanyak 70% ( kalau attenden korang kurang 70% pun boleh sijil tapi susah untuk korang amik exam).
Kursus ada 4 modul dan korang boleh pilih untuk sepenuh masa (22 hari), modular (mengikut modul) dan part time (kelas hujung minggu selama 3 bulan)
Setelah selesai 22 hari korang akan dapat sijil sebagai seorang safety officer, tapi tunggu dulu.. korang tak boleh @ tak layak lagi untuk digelar SAFETY OFFICER tapi untuk bekerja sebagai safety supervisor atau safety promoter mungkin boleh la, bergantung pada syarikat atau kilang yan ko mintak tuh dan syarat untuk menjadi seorang SAFETY OFFICER yang kompeten adalah kena lulus exam yang dihandle oleh NIOSH (duit lagi....) harga exam dia RM950 untuk 4 paper. Paper 1 gabungan modul 1 dan 2, Paper 2 gabungan paper 3 dan 4, Paper 3 nie uji kemahiran korang dari station ke station dan paper 4 adalah Work Place Assignment.
Bila dah lulus dengan jayanya keempat-empat paper tuh pun belum boleh jadi seorang SHO yang kompeten, ko kena ada pengalaman dalam safety selama 3 tahun dahulu, barulah boleh berdaftar dengan DOSH dan korang akan dapat buku hijau ala-ala passport bangla tuh... hahah.
Tapi kalau ko dah ader experience dalam safety, ko takyah tunggu 3 tahun, boleh terus apply kat DOSH untuk dapatkan nombor badan dan buku hijau.
Prospek kerja untuk SHO ni terlalu luas.. boleh dikatakan semua premis yang mempunyai pekerja lebih dari 100 orang memerlukan atau diharuskan menggaji seorang SHO termasuklan Hotel, Hospital, Kilang, Tapak pembinaan (tapi sekarang CIDB dah adakan kursus khas SHO untuk pembinaan), Pelabuhan, Pasaraya dan saya dapat tahu Bank Negara juga sudah menggaji seorang SHO. Bak kata, yang mana terikat dengan OSHA 94 memerlukan SHO dan majikan pulak boleh bertahan hanya 3 bulan sahaja tanpa SHO dan selepas itu dia wajib cari SHO atau berdepan dengan tindakan undang-undang. Wauuu, tengoklah betapa pentingnya Safety kt sini.

1 comment:
hait! thanks 4 d info. sy newbies dlm SHO...huhu nak sgt tau crte dr senior2 so that blh tambah knowledge :)
Post a Comment